Hai semua....mesti ramai yang ada masalah parut jerawat kan??
Hari ini mama nak share sikit pasal tips untuk hilangkan parut jerawat...
Biasanya jerawat akan mula tumbuh di muka ketika kita berada pada usia remaja. Ini kerana pada waktu itu hormon kita sedang melalui satu proses kematangan. Bagi yang bernasib baik mungkin jerawat yang menghiasi wajah tidak banyak, tapi untuk mereka yang kurang bernasib baik jerawat boleh menjadi penyebab tahap yakin diri kita berkurang.
Jom kita cuba tips kat bawah ni untuk hilangkan parut jerawat yang pernah jadi mimpi ngeri kita suatu masa dulu :
1. LEMON : mengandungi banyak antioksidan yang baik untuk kulit muka. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya senang je, ambil sebiji lemon dan potong kepada beberapa bahagian. Kemudin gosokkan di bahagian wajah yang berjerawat 2-3 kali sehari, setiap pagi, petang dan sebelum tidur.
2. BAWANG PUTIH : ambil 2 ulas atau lebih dan tumbuk sehingga halus. Sapukan dibahagian yang berjerawat dan biarkan selama 10 minit kemudian cuci muka. Amalkan sekali setiap minggu.
3. MINYAK ZAITUN : cara ini merupakan cara yang telah diamalkan sejak zaman dahulu dan diakui berkesan. Campurkan 1 sudu besar minayk zaitun dengan 4 sudu garam dan kacau hingga sebati untuk beberapa minit. Kemudian sapu ke wajah yang ditumbuhi jerawat dan biarkan kering.Cuci muka anda dengan pencuci muka seperti biasa. Amalkan cara ini seminggu sekali.
4. PUTIH TELUR : ambil sebiji telur dan pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telur itu dan kacau sekejap kemudian sapu ke wajah. Biarkan selama 15 minit , selepas itu cuci muka anda. Putih telur ini dapat mengurangkan minyak di wajah yang sering menyebabkan timbulnya jerawat.
5. UBAT GIGI : sebelum tidur sapukan sedikit ubat gigi di bahagian yang ditumbuhi jerawat dan biarkan kering sehingga keesokan harinya. Kemudian basuh muka anda. Kenapa mama pilih ubat gigi? Sebab ubat gigi boleh mengeringkan jerawat dan dapat menyerap minyak di muka.
So, cara menghilangkan jerawat tanpa menggunakan produk kosmetik adalah lebih selamatdan merupakan pilihan terbaik. Cara semulajadi seperti ini dapat mengelakkan kesan sampingan yang berbahaya kepada kita.
SELAMAT MENCUBA......
No comments:
Post a Comment