ID

ID

Thursday, 6 November 2014

TIPS UNTUK DAPAT KULIT CANTIK & SIHAT

20 TIPS KULIT CANTIK & SIHAT


Assalamualaikum semua.

Siapa yang tak nak kulit cantik??? Cuba cakap dengan mama. Semua orang nak. Kulit gebu macam Lisa Surihani. Halus macam baby. So cute. Bukan halussss yang Harith Iskandar cakap kat iklan nescafe tu ya. Mama bagi tips ni supaya semua orang boleh dapat kulit yang cantik & sihat. Lagipun setiap makhluk yang Allah cipta semuanya cantik-cantik belaka. So mari kita sama-sama cuba tips ni okay.

 Segar!

Mari mulakan pagi kita yang indah dengan minum segelas jus buah-buahan yang segar. Setiap hari perisa yang berlainan. Wah heaven gila.

 Sayangi diri

Elakkan diri daripada berada di ruangan perokok. Uwekks. Sesak nafas kot. Membahayakan kesihatan lagi. Lebih baik habiskan masa bersama-sama member intan payung kita. Tengok wayang ke...

 Sedapnya salad buah-buahan


Ciptakan salad buah-buahan kaya dengan serat dan antioksida yang tinggi. Contoh anggur, blueberry dan banyak lagi. You can mix it together with honey and you can squeeze a lemon too.

 Krim pelembab


Setiap kali keluar rumah, make sure pakai pelembab supaya kulit kekal lembap dan sihat sentiasa.


 Bersenam


Jangan malas bersenam! Kalau korang tak ada masa, jalan kaki atau turun naik tangga pun tak apa. Kalau tak pun korang pergi parking kereta jauh-jauh then jalan ke tempat korang nak tuju. Boleh kan???

 Avoid it!

Makan fast food. Tak boleh sebenarnya walaupun pahit, kita mesti terima untuk sahut cabaran kulit cantik. Try makan makanan yang segar di dalam menu diet korang. Contoh sayuran dan buah-buahan walaupun tak kenyang!



RASA macam nak masuk je kan. Jaga kaki anda. Anda kan nak kulit cantik..


 Spa



Manjakan diri anda di spa! Badan kita mesti segar bugar punyalah

 Ajak member kita lepak kat rumah



Hidangkan member kita pelbagai jenis makanan yang berkhasiat. Satu kelainan kan? 

 Tanggalkan segala kotoran


Hilangkan sel kulit mati dengan skrub. Lakukan seminggu sekali okayy.


 Omega 3



Contohnya ikan salmon dan walnut. Bukan je boleh prevent cancer cell bahkan boleh turunkan kadar obesiti dalam badan! Tahukah korang yang tekstur ikan salmon akan jadi sangat lembut bila kita titiskan perahan lemon. Korang boleh makan tanpa masaknya aduhai!


 Rileks


Korang stress? Mama pun sama. Setiap hari ada saja keje yang perlu diselesaikan. Tapi tak apa. Rileks. Mari kita cuba kawal tekanan kita. The better way is listening surah before tidur.


 Lakukan facial sendiri


Jimat kot. Tundukkan kepala di permukaan besen yang telah diisi dengan air panas. Then, tutup kepala dan ruang udara dengan tuala. Last sekali, sapu muka dengan krim malam.


 Minum lebih banyak air!


Of course lah. At least lapan gelas. Coke? TAK BOLEH LANGSUNG!  Jika muka korang rasa kering, semburkan muka korang dengan facial spray. So takde la kulit mengelupas sebab kering sangat...




 Bangun awal

Hah, Ni mesti kena buat.... Dah bangun pergi buat yoga. Tak pandai? Belajar dari yang pakar.


 Pergi holiday!



Ambil masa korang untuk bercuti. Tak kisahlah seminggu ke, sebulan ke atau setahun sekali. Mesti lagi bersemangat lagi lepas cuti.


TAK NAK!


Katakan tak nak pada merokok.


Kurangkan ye..


Kurangkan garam dan makanan yang masin sebab boleh buat muka kita jadi sembap.


Cuci wajah



Sebelum tidur, make sure basuh muka korang supaya bersih dari sebarang makeup dan juga debu.


 Toksin


Singkirkan toksin dalam badan korang. How? Dapatkan bantuan dari yang pakar. For sure badan korang lepas ni ringan dan sihat.


 Cleansing milk


Usually untuk kulit kering sepatutnya bersihkan muka dengan cleansing milk,urutan lembut dan sapu dengan krim pelembap. Pilih pembersih dengan pH balanced dan non detergant.



JOM KITA RAMAI-RAMAI MENJAYAKAN KEMPEN CANTIKKAN KULIT. Hoyeahhhh..

No comments:

Post a Comment