
Jeragat atau melasme juga di kenali sebagai bintik-bintik hitam atau noda-noda hitam yang terjadi kepada wanita terutamanya dibahagian pipi dan hidung. Mengapa jeragat atau melasme terjadi?
Banyak faktor antaranya dedahan kepada cahaya matahari yang terlalu kerap dan terlampau. Kebanyakan kes ini berlaku hanya sebahagian kecil sahaja.
Faktor yang terbesar adalah disebabkan ketidakstabilan hormon dan faktor genetik. Inilah adalah faktor terbesar punca jeragat.
Pernah anda cuba merawat jeragat tetapi tidak berkesan !!!. Dah cuba berpuluh-puluh produk yang jumlahnya mencecah ribuan ringgit. Dah cuba berkilo-kilo krim tetapi masih lagi gagal. dah cuba makanan kesihatan yang mendakwa boleh mengembali sel-sel kulit anda.Dah cuba juga rawatan laser tetapi hampa dan kecewa.
Rawatan krim dan makanan kesihatan adalah bersifat sementara dan hanya memudarkan jeragat atau melasme dalam masa singkat dan cuma bertahan sementara. Begitu juga rawatan laser hanya menghilangkan jeragat dalam tempoh tertentu sahaja.
Jeragat datang lagi walaupun dah laser,sapu krim dan makanan kesihatan disebab anda tidak merawat masalah jeragat dengan betul.Iaitu mengenal pasti puncanya.
Oleh itu,kepada sesiapa yang sudah tension dan bingung nak merawat jeragat yang dah bertahun-tahun dan tidak juga pulih.Luangkan masa anda selama 5-10 minit untuk memahami bagaimana kaedah rawatan biochemic iaitu cabang daripada rawatan homeopathy merawat jeragat dengan berkesan secara holistic.
Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebih kurang 12:1 ( Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu negara ke negara yang lain . Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun.
Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen.
Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. Perbezaan Hori’s Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh doctor anda.
Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )
1) Terdedah kepada cahaya matahari terik
2) Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
No comments:
Post a Comment