Kenapa Anda Wajib Daftar Jadi Ahli Shaklee Dengan Saya
Walaupun jadi ahli Shaklee nih ada banyak kelebihan, malangnya tak semua ahli yang dapat menikmati kelebihan-kelebihan ini. Ramai juga yang lepas daftar, mereka menyesal sangat sebab join Shaklee. Antara sebabnya mereka menyesal:
1. Dah Beli, Tak Tau Cara Makan
Ada yang dah beli produk, tapi tak tau cara makan yang betul dan berkesan. Akhirnya mereka gagal mendapat hasil yang diingini. Bila tanya upline, upline pun tak tau dan suruh ‘Google’ jer.
Kalau anda daftar dengan saya, anda tak perlu risau sebab saya akan berikan anda eBook “Cara Makan & Pantang Larang Vitamin Shaklee”. Kalau masih ada persoalan, boleh tanya saya bila-bila masa. Insya-Allah saya akan jawab secepat mungkin.
2. Terpaksa Beli Stok RM10K Semasa Daftar
Bila nak daftar, ada ‘upline’ yang cakap kena beli stok barang-barang Shaklee bernilai RM10K. Terpaksalah buat pinjaman sana sini untuk cukupkan RM10K. Lepas dah daftar, upline terus hilang ntah ke mana. Saja dia suruh beli stok supaya dia cepat naik ‘pangkat’. Last-last stok tu terbiar jer dekat rumah sebab tak reti nak jual.
Dengan saya, anda boleh daftar tanpa beli stok pun takpe. Hanya RM65 untuk seumur hidup. Tak perlu pening kepala nak pinjam duit dengan bank.
3. Nak Buat Bisnes Tapi Tak Reti
Ada yang join sebab nak buat bisnes, malangnya upline dia nih tak reti langsung macam mana nak buat bisnes. Disuruhnya gi belajar dengan orang lain atau join seminar itu ini. Terpaksalah keluar duit lagi untuk ke kelas-kelas pemasaran online.
Alhamdulillah untuk sesiapa yang daftar bawah saya, anda sangat beruntung sebab saya hanya buat bisnnes secara online menggunakan Facebook, Blog dan juga emel. So saya akan ajar cara yang sama saya aplikasikan dalam bisnes saya. Semua yang saya ajar nie adalah 100% percuma 

Lagi best sebab saya & team saya (FJM) selalu mengadakan sesi online coaching (hanya perlu mengadap laptop, smartphone atau tablet) dan juga offline coaching. Kami juga ada group Whatssapp yang ditubuhkan khas untuk berkongsi pandangan , pendapat dan kemusykilan terhadap produk Shaklee.
4. Tak Tau Apa Yang Boleh & Tak Boleh Dibuat
Bila dah jadi ahli Shaklee, kenalah ikut terma & syarat yang dibuat oleh Shaklee supaya keahlian anda tak dilucutkan ataupun digantung. Malangnya, tak ramai yang tau apa yang boleh dan tak boleh dibuat oleh seorang ahli Shaklee. Ini menyebabkan ada yang dilucutkan keahlian apabila melanggar peraturan.
Antara contoh kesalahan yang paling kerap dibuat adalah menjual produk Shaklee pada harga ahli kepada orang yang belum jadi ahli. Lagi teruk, ada yang jual dibawah harga ahli semata-mata nak kumpul point dan kejar pangkat di dalam Shaklee.
Kalau anda tersilap daftar bawah ‘upline’ yang macam nih, anda di dalam bahaya! Bila-bila masa saja keahlian anda boleh ditarik dan menyebabkan anda tak dapat sebarang faedah yang dijanjikan oleh Shaklee sampai bila-bila. Rugi giler!
Berminat Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee Hari Ini?
Saya kira anda dah faham macam mana nak jadi ahli Shaklee dan kenapa anda perlu daftar dengan saya. Dengan yuran hanya RM65 untuk seumur hidup dan kelebihan yang terlalu banyak, mustahil anda boleh rugi kalau mendaftar sebagai ahli hari ini.
So hubungi saya segera di talian 018-988 8929 / 011-3259 3686 atau sms saya untuk saya hubungi anda secepat mungkin. Kepuasan anda keutamaan saya 

No comments:
Post a Comment