Assalamualaikum.
saya cukup geram tengok bintik putih dan hitam kat muka orang.
rasa nak terkam sambil jerit2 nak picit muka dia T___T
dasyat sungguh.tah2 orang pun sibuk geram tengok muka haku sebab
muka tak malu pastu siap diaorang nak tampar2 sebab sibuk bab bintik diaorang.
lagik tragik T_________T
ok lah kawan,jom nak shared sikit cara2 kita nak buang bintik putih dan hitam ni.
p/s: all pitures taken from google.
BINTIK PUTIH DAN HITAM.
proses terjadinya bintik putih dan hitam.
bintik putih dan bintik hitam(whiteheads & blackheads)
bukan ada kat hidung je.tepi2 hidung,bawah hidung(atas bibir),
pipi berhampiran hidung(apple of the cheek),dahi dan dagu pun ada !
mula2 kita susah nak perasan,lama2 bila dah jadi bintik hitam maunya meroyan sekampung.
pastu orang kampung pun buat deekkk je sambil cakap kat dalam hati
"padan muka si markonah anak pokcik semat tuh,takmo jaga muka...haa sekarang rasakan
hikmat $%&*&(*&" ok,tetiba keluar drama diikuti kartun apakejadah T___T
bila lama2 dibiarkan bukan saja jadi bintik hitam,tapi jugak akan jadi macam dalam gambar ni dan jerawat.
bintik2 tu dah jadi macam ni.bila dipegang kulit akan jadi kasar !
sungguh ini antara punca utama kulit seseorang tu kasar bila disentuh.jangan biar cekk oiiii.
caranya,kena selalu picit walaupun kita tak nampak bintik tu ada atau tak.
try je picit.kalau ada dia akan keluar.kalau takde pun apa masalah kau ?! muahaha.
kenapa kena selalu try picit walaupun tak nampak tanda2 bintik?
jangan tertipu kalau tak nampak tanda2 dia.try picit,selalunya mesti akan keluar putih2.
bermakna waktu ni proses liang roma tersumbat baru nak jadi,bila picit dia senang keluar.
kalau dah jadi hitam atau macam dalam gambar ni,susah sungguh nak keluar.
picit la kau sampai meleleh air mata.
waktu kerja dulu saya pernah buat facial kat customer yang
whiteheads dan blackheads terlalu teruk sampai berkeping2 bila dipicit.
susah sangat nak picit bagi keluar sebab terlalu lama dibiarkan.kulit pun rasa kasar bila disentuh.
jadi tolong lah jangan biar.
CARA MENGELUARKAN BINTIK PUTH DAN HITAM.
CARA NO.1:
guna besi pemicit ni atau bahasa omputihnya comedone extractol tool(cewahh cakap mat saleh).
memang sakit.meleleh ayaq mata weh !
tapi apa kes takut nak guna.tak macho arrrrr. bagi saya la kan,lebih baik sakit kejap
dari kulit jadi masalah di kemudian hari.mencegah kak senah,mencegah tahu !
1) cuci muka dengan pencuci dan bilas dengan air.
*fungsinya untuk membersihkan kotoran di kulit.
2) wapkan muka selama beberapa minit.takyah lama2.
kalau takde alat wap tu,isi air panas kat dalam besen,serkup kepala dan sebahagian muka untuk memerangkap wap,halakan muka ke besen tersebut.bagi wap yang naik tu kena muka.
*fungsinya untuk membuka liang roma.bila dah terbuka tu whiteheads dan blackheads
yang tersumbat tu mudah keluar bila kita picit.
3)sambil2 tu rendam lah besi pemicit tu kat dalam air panas tu sekali.
*fungsinya untuk mematikan kuman.kita nak guna untuk picit kulit.
kena jaga kebersihan.takut nanti jadi jangkitan ke ape ke.
4) dah siap wap tu picit lah whiteheads dan blackheads.
try picit2 kat kawasan hidung,tepi hidung,bawah hidung(atas bibir),
pipi berhampiran hidung(apple of the cheek),dahi dan dagu.
picit slow2.kalau picit kat diri sendiri kita boleh control sebab kita yang rasa sakit kan?
saya dah selalu buat,memang dah biasa dah(berlagak sebab terer).
satu lagi,calit kotoran yang keluar tu
kat kapas atau tisu.jangan picit2 pastu biar kat muka atau besi pemicit gitu aje.
5) bila dah habis picit,dah puas nangis jerit2 silalah pakai toner.
*fungsinya untuk tutup liang pori yang terbuka waktu picit tadi.
6) pakai pelembab.
NOTE:
ada jugak yang confuse camne nak guna alat besi ni.
haaa.buat macam dalam gambar ni.bintik/sasaran kita kena ada di tengah.
pastu picit dan tarik sikit supaya ada tekanan kat keliling bintik/sasaran lalu kotoran pun keluar.
tapi jangan over tekan,nanti ada parut dan silap2 boleh luka terus.pandai2 lah nak lawa kan? muahaha.
CARA NO.2:
guna tisu atau kapas muka.pegang kemas2 guna jari sambil jadi telunjuk
memicit bintik/sasaran kita.
kurang sakit tapi bagi saya kurang berkesan sikit lah.ikut lah masing2 punya keselesaan kan.
banyak jugak salun guna cara ni.
1) cuci muka dengan pencuci dan bilas dengan air.
2) wapkan muka selama beberapa minit.takyah lama2.
3) kalau guna kapas,nak basahkan sikit pun boleh.
guna toner atau air suam.
4) picit whiteheads dan blackheads.
try picit2 kat kawasan hidung,tepi hidung,bawah hidung(atas bibir),
pipi berhampiran hidung(apple of the cheek),dahi dan dagu.
5) pakai toner.
6) pakai pelembab.
CARA NO.3:
guna jari dan buat macam cara no.2 tadi.
guna jari telunjuk untuk picit.tapi saya rasa cara ni pun kurang best terutama untuk
tempat yang naik biji.picit guna jari susah sikit kotoran dalam biji tu nak keluar.
1) cuci muka dengan pencuci dan bilas dengan air.
2) wapkan muka selama beberapa minit.takyah lama2.
3) sebelum sentuh muka,pastikan jari yang nak guna tu betul2 bersih.
cuci dengan pencuci dan bilas bersih2 dengan air.lap kering guna tisu atau tuala bersih.
4) picit whiteheads dan blackheads.
try picit2 kat kawasan hidung,tepi hidung,bawah hidung(atas bibir),
pipi berhampiran hidung(apple of the cheek),dahi dan dagu.
5) pakai toner.
6) pakai pelembab.
CARA NO.4:
guna nose pore strips.
macam2 jenama dah keluarkan benda ni.cara guna bergantung pada pengeluar
tapi selalunya cara yang sama ja.saya suka gak pore strips nih.
tapi paling suka jenama yang cce rekemen lah.the face shop kot.keluar habis !
tapi kelemahan dia pakai kat hidung ja.takleh tempek kat kawasan lain yang ada bintik jugak.
1) cuci muka dengan pencuci dan bilas dengan air.
2) basahkan kawasan hidung.
3) lekatkan pore strips elok2 kat kawasan hidung.
tunggu ikut cadangan pengeluar.selalunya dalam 15 ke 20 minit rasanya.
4) tarik pore strips dan lihat hasilnya.
kalau tengok2 tak keluar bintik memang nak kene terajang pore strips tu muahaha.
kalau keluar kotor takpe.muka manyak sinyyiuuuummmm.pastu plan nak beli lagi.
KAHKAH.
5) pakai toner.
6) pakai pelembab.
CARA NO.6:
mask khusus untuk membuang bintik putih dan hitam.
yeaaaa untuk teknology terkini T___T
saya selalu gak try.ada yang berkesan,ada yang suam2 kuku tahap keberkesanan tu dan ada yang
yoo yoo ooo je lebih..muahaha.cara pakai sama jugak,ikut pada saranan pengeluar.
tapi standard cara pakai tu macam biasa.selalu mask ni kena tarik2.baru keluar semua kotoran,
KATA PENGELUAR TERSEBUT...bhahaha.
1) cuci muka dengan pencuci dan bilas dengan air.
2) sapu masker rata2 ke kawasan yang kita nak buang bintik.
biar selama 15 ke 20 minit atau sampai kering atau senang citer ikut saranan pengeluar.
saranan tuan blog ni kadang2 tak boleh pakai(sape tuan blog? sape? sape?).
3) tarik HIYAAAKKKK !!!!!!! bagi ada efek bunyik biar meriah,
biar semua orang tau kau tengah tarik mask..kahkah.
kalau keluar air mata tolong lap sendiri..muahaha.
5) pakai toner.
6) pakai pelembab.
CARA NO.7:
guna scrub.kebanyakan pengeluar cakap scrub depa boleh keluarkan bintik putih dan hitam
kat muka kita.tapi saya rasa kurang betul lah kot.
scrub selalunya di permukaan kulit,bintik2 sealunya diakibatkan oleh kotoran di dalam liang roma.
scrub kot atas memang segak,selagi kot punca tu tak rawat,tak keluarkan kotoran selagi tu lah
masalah bintik ni berterusan.ewaahhh ! cakap banyak pulak haku T___T
tapi sila try.tak salah nak try.dia cegah dan kurangkan juga masalah ni terutama di permukaan kulit.
1) cuci muka dengan pencuci dan bilas dengan air.
2) sapu scrub dan gosok perlahan2.ikut saranan pengeluar lah senang citer
sebab produk la nih canggih2.cara pakai pun jadi macam2 dah.
3) basuh lah muka hangpa tu.bersih berseri licin berkilat haaaa.
5) pakai toner.
6) pakai pelembab.
CARA NO.7:
sekali sekala pi lah buat facial.murah ja facial sekarang ni.
takyah pikiaq apa dah,buat facial memang depa akan picit habis semua bintik2 tu.
lepas tu depa buat segala mak nenek untuk rawat kulit kita.
wap,scrub,mask,massage.dah kerja kuat2 sekali sekala pi la manjakan diri untuk kecantikan.
bukan sehari dua,tapi efek dia untuk jangka masa yang lama kalau kita amalkan.
tapi hati2.kadang2 kulit kita tak sesuai dengan facial di sesetengah tempat.
mungkin tak sesuai dengan produk yang mereka guna.takpe,try je kat tempat2 lain
sampai jumpa yang serasi dengan kulit.macam saya sendiri memang tak sesuai buat facial kat salun.
mesti nak naik jerawat lepas tu.kasihaaannnn -.-'
TAMAT.