ID

ID

Thursday, 27 November 2014

CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK JANTUNG SIHAT

Pengambilan Supplemen Untuk Kurangkan Risiko Penyakit 3 Serangkai

Anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai (sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi).

Kenapa anda perlu ambil supplemen?

Paling klasik adalah untuk melindungi anda daripada penyebab utama masalah jantung iaitu kolestrol tinggi.

Cuba lihat ilustrasi di bawah:
 
Ini merupakan menu harian bagi setiap individu di Malaysia. Dengan tabiat pemakanan yang tak sihat di atas. Bagaimana anda dapat melindungi jantung anda? 

Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya.

Untuk ini, saya sarankan anda melaburkan wang untuk membeli supplemen untuk memperkuatkan dan melindungi jantung untuk kebaikan anda.
Set Jantung Shaklee

1.    Phytocol-ST

Membantu Mencegah Mendapan Plak Pada Arteri

Kaedah terbaik untuk mengelakkan kolestrol termendap ke dalam salur darah adalah dengan pengambilan fitosterol. Secara ringkasnya, fitosterol mempunyai struktur kimia yang sama dengan kolestrol ‘jahat’ dan mampu melawan kolestrol jahat untuk membentuk plak. Semakin tinggi kandungan fitosterol, semakin cepat kadar kolestrol dapat distabilkan.

Fitosterol yang diperlukan tubuh memerlukan anda untuk makan 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum dan 425 biji tomato dalam sehari!

Mampukah kita?

keistimewaan phytocol celikvitamin
Pengambilan supplemen Phytocol-ST ini mengikut dos yang disarankan mampu untuk menampung keperluan 2000mg fisoterol daripada tumbuhan yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.
Kesimpulannya, Phytocol-ST ini anda perlu ambil untuk mengelakkan kolestrol dari makanan yang anda makan daripada diserap masuk ke dalam tubuh dan dalam masa yang sama kolestrol sedia ada di dalam tubuh akan dinyahkeluar oleh kombinasi supplemen yang lain.
Teruskan pembacaan anda jika ingin hidup lama! 

2. Omegaguard

Berperanan Menurunkan Paras Kolestrol ‘Jahat’ 

Minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 sangat diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan jantung. Ia membantu meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ dalam darah. Kemudian, menghantar kolestrol ‘jahat’ ke hati untuk disingkirkan dari tubuh kita.

Paling terbaik, Omega 3 dalam minyak ikan ini juga berfungsi ‘membersihkan’ mendakan plak pada arteri sekaligus mencegah dari serangan stroke.

minyak ikan terbaik untuk kolestrol


Kesimpulannya, kombinasi Phytosterol-ST bersama Omegaguard Shaklee ini memang mantap untuk memastikan tubuh anda bebas dari cengkaman kolestrol ‘jahat’! 

3. CoQ Health Shaklee

Membantu Menguatkan Otot Jantung

CoQ Health Shaklee ini mengandungi ramuan CoQ10 iaitu bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk memperkuatkan otot jantung.


Namun begitu, apabila usia kita telah mencecah 20 tahun, penghasilan CoQ10 oleh tubuh akan merudum dan ia akan terus menurun seiring dengan usia.

Justeru, bahan ini sangat diperlukan oleh tubuh untuk terus mengekalkan kekuatan otot jantung untuk bekerja dengan baik.

Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 hingga ke 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan .


Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

4. Vivix Shaklee

Berfungsi Membantu Melindungi Jantung

VIVIX Shaklee adalah supplemen yang mengandungi kombinasi resevratrol dan phytonutrient. Sumber resevratrol dan phytonutrient ini adalah dari anggur muscadine, sejenis anggur yang jarang ditemui dan terbaik kerana ianya tumbuh secara semulajadi.


Vivix juga kaya dengan polifenol. Polifenol terdapat dalam pelbagai tumbuhan seperti buah, sayur dan teh herba. Polifenol adalah satu komposisi penting dalam diet manusia dan haiwan. Kebaikan polifenol menyediakan bantuan terbaik menentang pembentukan penyakit kronik.

 
Jadi keputusan di tangan anda. Anda yang menentukan sama ada anda ingin terus sihat atau sebaliknya. Mama sedia membantu sesiapa saja yang memerlukan bantuan.
 
Jangan segan atau malu untuk hubungi mama.
 
Call/Whatsapp/Sms : +6011-3259 3686 / +6018-988 8929
 
Kawasan COD: Klang – Shah Alam – KL – Ampang
 
 
Facebook: Cyg Eizlurvect

" KESIHATAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN "

TANDA DAN LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT JANTUNG

Adakah anda rasa diri anda muda??
Adakah anda fit seperti seorang atlit sukan negara? 

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh World Health Organization 20101 daripada 3 kematian yang berlaku adalah disebabkan oleh penyakit jantung.

Cuba anda lihat gambar di bawah. Penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua-tua. 

Hani Mohsin Hanafi - Meninggal dunia akibat diserang sakit jantung ketika berusia 41 tahun.

Jacky Ng Kiat Kee - Meninggal secara mengejut akibat serangan strok. Beliau adalah ahli sukan yang fit dan baru berusia 25 tahun.

Jadi adakah anda masih rasa diri anda betul-betul sihat?? Adakah anda tidak berisiko untuk mendapat penyakit jantung??? Fikirkan semula...

Di bawah mama senaraikan beberapa tanda yang menunjukkan jantung kita sebenarnya bermasalah . Dan jika terdapat tanda-tanda ini, anda mungkin berisiko untuk diserang penyakiy jantung pada usia muda seawal 20 tahun.

Tanda-Tanda Jantung Bermasalah 

  1. Anda selalu berpeluh berlebih-lebihan walaupun hanya melakukan sedikit aktiviti.
  2. Mudah berasa sesak nafas dan seolah-olah ada sesuatu tersumbat dalam hidung atau dada.
  3. Di sebelah kiri dada anda kerap berasa sakit sama ada impaknya sedikit atau banyak.
  4. Mula diserang sakit kepala dan terasa sekeliling berpusing-pusing dan bergoyangan.
  5. Diserang fenomena “blank out” iaitu hilang upaya daya penglihatan seketika bila berada dalam gelap.
  6. Tangan Kiri rasa sakit seperti terseliuh.
  7. Jika tangan kiri anda mulai rasa sakit selepas rasai tanda-tanda di atas ia adalah petanda yang anda perlu berjumpa doktor dalam kadar segera kerana anda mungkin akan diserang stroke dalam masa terdekat. 

Langkah Mudah Mencegah Masalah Penyakit Jantung

Anda perlu lakukan langkah-langkah berikut bagi mengelak dari diserang penyakit jantung apatah lagi jika anda bukanlah seorang yang rajin bersenam dan juga gemuk!

1) LAKUKAN PEMERIKSAAN AWAL
Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan, dari segi jumlah pesakit yang menghidap diabetes, Malaysia berada di tangga pertama dalam Asia dan tersenarai di tangga ke-10 dunia bagi selepas Asia Barat dan Asia Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit diabetes berusia lebih 30 tahun.
Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka mempunyai diabetes. Anda yang berisiko tinggi, disarankan membuat pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

2)MENGAMBIL PEMAKANAN SEIMBANG
Kurangkan pengambilan lemak,terutama lemak tepu seperti mentega untuk merendahkan risiko kolesterol berlebihan dalam darah sekaligus mencegah risiko penyakit jantung. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan sehari) diikuti diet rendah lemak.
Ambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Anda perlu memasak sendiri di rumah untuk mengawal paras gula dan garam dalam masakan!

3.MELAKUKAN AKTIVITI DAN SENAMAN
Menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah.

Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.

Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 ke 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50-80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.

4.MEMASTIKAN TIDUR YANG MENCUKUPI
Ubah gaya hidup anda. Masuk tidur lebih awal. Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam bagi orang dewasa. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat.

Semasa tidur, tubuh kita memproses glukosa. Jika tidak cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan berisiko untuk diabetes. Oleh itu, pastikan tidur anda cukup supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.

Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang disamping merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.

5.KAWAL EMOSI AGAR TIDAK TERTEKAN / STRESS
Kawal emosi anda agar tidak tertekan atau stress. Ini boleh dicegah jika anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk menanganinya. Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.

Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stress antaranya rehat seketika, melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti dari kerja dan sebagainya.

Jadi kita kena sentiasa ingat bahawa MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI...CEGAH SEBELUM PARAH...

p/s : Sesekali letak pesanan masyarakat nie boleh kan...hikhikhik

Wednesday, 26 November 2014

SERVIS JANTUNG KITA SEBELUM TERLAMBAT



Jantung mengawal seluruh sistem peredarah darah kita ....

Untuk menjadi cergas dan menepati tugas mengepam tanpa henti, jantung kita perlu

* Berdegup sebanyak 70 kali seminit, 100,000 kali sehari
* Mengangkut 7200 liter darah sehari




Kita menghantar kereta untuk dibaiki dan servis secara berkala, tetapi sejauh manakah kita mengambil berat tentang `enjin` kita yang satu-satunya ini untuk meneruskan hayat kita? Fikirkanlah!


** SAYANGI DIRI ANDA....SAYANGI JANTUNG ANDA..**

RISIKO PENYAKIT BUAH PINGGANG

Sebahagian serangan atau sakit jantung ada kaitan dengan kegagalan fungsi buah pinggang (ginjal ) yang mengalami sedikit kerosakan?. Malah penyakit kardiovaskular merupakan menyumbang lebih daripada 50 peratus kematian di kalangan penghidap penyakit buah pinggang kronik?

Mereka yang menghidap masalah kegagalan buah pinggang mempunyai 10 hingga 30 kali risiko kematian lebih tinggi akibat strok, serangan jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain dibandingkan dengan golongan dewasa yang sihat. Kebiasaanya apabila fungsi buah pinggang mengalami kerosakan, risiko penyakit kardiovaskular turut bermula.

Kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang dan mereka juga tidak tahu mengenainya. Dipercayai trend tersebut juga terjadi kepada penduduk Malaysia dan Indonesia. Kebanyakan penghidap buah pinggang langsung tidak menyedari masalah tersebut sehinggalah fungsi buah pinggang mereka merosot ke tahap kurang daripada 25 peratus berbanding keadaan normal.

Antara penyakit buah pinggang adalah
1) Batu karang, akibat pengumpulan lebihan garam atau mineral dalam urin
2) Pyelonephritis, suatu peradangan buah pinggang kerana jangkitan
3) Nephrosis, suatu keadaan yang menyebabkan buah pinggang mengeluarkan terlalu banyak protein daripada darah semasa proses petapisan buah pinggang.
4) Glomeurlonephritis, hubungan dengan radang tekak, jangkitan virus, ubat-ubatan tertentu dan sebagai akibat terkena racun atau bahan kimia toksik tertentu. Gejala umum adalah darah dalam urin, pembengkakan wajah, perubahan frekuensi buang air kecil, tekanan darah tinggi, sakit kepala melampau dan kejang-kejang
5) Polycystic Kidney Disease, penyakit ginjal yang berpunca daripada genetik.

Kebiasaannya apabila seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, mereka akan sakit teruk beberapa bulan lamanya dan mengalami anemia (pendarahan berlebihan). Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal menyingkirkan bahan kotoran mahupun menyerap bahan-bahan yang berguna.

Oleh itu pencegahan awal sakit buah pinggang menjadi lebih kronik dapat menyelamatkan jantung kita. Tanda atau gejala sakit buah pinggang?

• kesukaran buang air kecil
• kerap buang air kecil, terutama pada waktu malam
• Darah dalam urin
• Bengkak di sekitar mata
• Pembengkakan tangan dan kaki
• Sakit pinggang atau tulang belakang
• Tekanan darah tinggi
• Insomnia
• penderitaan diarrhoea
• Hilang selera makanl
• Sering sakit kepala

Apakah perkaitan sakit jantung dengan buah pinggang?.

Menurut Pakar Perunding Nefrologi, Dr S Prasad, ada perkaitan antara jantung dan buah pinggang, dan kaitan ini di namakan sindrom buah pinggang – jantung di mana pada asasnya, mencadangkan organ organ lain boleh terjejas secara akut atau kronik akibat dari penyakit akut atau kronik yang berlaku pada jantung atau buah pinggang. Jadi jika kita melindungi jantung, kita boleh melindungi buah pinggang dan jika kita melindungi buah pinggang, kita boleh melindungi jantung.

Bagaimana jantung dan buah pinggang berkait antara satu sama lain? buah pinggang juga berfungsi mengawal tekanan darah. Kerosakan fungsi buah pinggang boleh mengganggu tekanan darah. Tekanan darah tinggi juga boleh menambah kerosakan buah pinggang, selain merosakkan saluran darah dan meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.

Fungsi rembesan hormon dan penyingkiran air dari badan oleh buah pinggang juga terganggu. Ini boleh menyebabkan bengkak akibat pengumpulan air. Faktor-faktor ini meningkatkan isipadu darah dan fungsi jantung menjadi lemah kerana jantung perlu mengepam darah dengan lebih banyak untuk keperluan seluruh badan. Lama kelamaan, jantung gagal berfungsi. Perkaitan penyakit jantung dan buah pinggang ini dinamakan dengan ‘pam dan tapis’ kerana jantung mengepam darah ke seluruh badan termasuk untuk kegunaan buah pinggang dan buah pinggang menapis darah. Jika pam rosak maka buah pinggang tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai penapis. Maka kedua-dua organ ini perlulah dijaga dengan baik.

Bagi mengelakkan pengumpulan bahan buangan terjadi, seseorang itu hendaklah mengehadkan pengambilan protein di dalam makanan kerana protein akan menghasilkan bahan buangan (seperti urea) di dalam air kencing. Pada masa yang sama, pengambilan fosfat dalam diet mestilah dikurangkan.

Dengan mengurangkan pengambilan protein untuk menghalang pengumpulan bahan buangan di dalam badan, jumlah asid amino juga akan turut berkurangan. Disamping itu kita hendaklah meminum air 8 gelas hingga 4 liter air tulin sehari. Pastikan air tulin yang bersih bebas daripada sebarang kekotoran dan pastikan tiada sebarang mineral didalamnya (termasuk air mineral) di mana jika diuji dengan TDS (Total Dissolve Soluble) dengan bacaan 0.

Kita telah mempunyai kesedaran tentang risiko penyakit kardiovaskular , maka kita seharusnya juga menjaga buah pinggang demi untuk menjaga jantung kita. Sayangi jantung kita, sayangi buah pinggang kita, jangan biarkan kesengsaraan berlaku akibat kealpaan diri kita sendiri.

Tuesday, 25 November 2014

JENIS-JENIS STROK YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU

Adakah strok dan sakit jantung sama?. Tidak tetapi berpunca daripada masalah yang sama. Secara amnya strok dikaitkan kepada masalah kepada serangan otak di mana masalah bekalan darah beroksigen ke otak terganggu, manakala sakit jantung dikaitkan kepada serangan jantung akibat bekalan darah beroksigen ke arteri koronari terganggu.

Apa itu strok?. Strok boleh dikaitkan dengan masalah serangan otak yang terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Seperti mana yang kita tahu otak merupakan pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan.

Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Jika saluran darah tersumbat lebih daripada 2 jam, maka bahagian otak yang menerima bekalan daripadanya akan mati (Harvard Medical School Family Health Guide). Anda akan mengalami strok. Secara senyap kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Menurut NASAM (Persatuan Strok Malaysia) setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia (penduduk Malaysia kini hanya 28 juta orang) mengalami masalah strok, strok boleh menyerang sesiapa pun termasuk kanak-kanak, walaubagaimanapun kebanyakan kes melibatkan orang dewasa.

Bagi mengurangkan risiko strok, kita disarankan
1. selalu memeriksa tekanan darah
2. tidak merokok dan selalu berada di kawasan bebas daripada pencemaran udara
3. tidak meminum minuman keras
4. selalu melakukan senamam secara berkala
5. kurangkan pengambilan makanan terproses dan amalkan makanan secara sihat
     (80% alkali dan 20% asid)
6. atasi masalah berat badan
7. selalu meminum air bersih, bebas daripada sebarang mineral dan pencemaran
8. kawal paras kolestrol
9. atasi masalah kencing manis (diabetes)

Terdapat 2 jenis strok utama iaitu strok iskemia dan strok berdarah

Strok iskemia terjadi timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak. terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) sejak kita berumur 10 tahun.

Satu tanda penting ancaman strok ini ialah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya. TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak menerima darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dibuat program pencegahan dan rawatan secepat mungkin.

Manakala strok berdarah, di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah. Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.
Dipercayai bahawa tekanan darah tinggi merupakan faktor utama terjadinya strok ini, pengambilan garam yang berlebihan akan menyumbang kepada peningkatan tekanan darah.

Antara punca kepada pemasalahan ini adalah akibat daripada faktor pemakanan dan minuman serta pencemaran, saya cadangkan kita amalkan kesihatan yang baik dan selalu melakukan senaman, tambahan lagi saya mencadangkan pengambilan livextra (atasi masalah plak) dan urutan guasa (atasi tekanan darah dan peredaran darah).

Semoga informasi ini berguna untuk anda.

JANTUNG DAN RISIKO PENYAKIT

Setiap individu atau keluarga sentiasa inginkan suasana ceria dan sihat dari segi fizikal, mental dan sosial. Namun, semasa kita berada dalam keadaan riang gembira, sesuatu yang tidak terduga boleh berlaku secara tiba-tiba. Sakit jantung boleh terjadi pada bila-bila masa walau di mana anda berada.

Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan. Jantung adalah organ yang terdapat di dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.

 
Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada. Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai sakit jantung.

Di antara tanda-tanda sakit jantung ialah pesakit akan berasa sesak nafas, berdebar, letih lesu, berpeluh dingin, rasa pitam, dan pengsan.

Apakah faktor-faktor yang memungkinkan sakit jantung?
Merokok menambah kemungkinan anda mengalami sakit jantung sebanyak tiga hingga enam kali.
Di antara kesan asap rokok ialah pertama, pembekuan darah.
Kedua, pemendapan lemak di dinding saluran darah dan ketiga, mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

Tekanan perasaan juga boleh mengakibatkan anda mengalami degupan jantung yang meningkat dan tekanan darah juga turut meningkat. Keadaan ini akan mengakibatkan seseorang itu mengalami sakit jantung. Kandungan lemak yang tinggi dalam badan juga akan mempertingkat risiko kepada penyakit jantung. Seseorang yang kurang menjalani aktiviti fizikal atau bersenam akan meningkatkan risiko sakit jantung. Senaman adalah penting bagi menguatkan otot, dan membaiki pengaliran darah ke jantung. Penyakit darah tinggi juga akan mengakibatkan sakit jantung. Penyempitan saluran darah akibat dari darah tinggi akan menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat. Akibatnya saluran darah akan menjadi lebih tebal dan ini akan menyukarkan saliran darah ke seluruh tubuh badan. Oleh itu, lebih tinggi tekanan darah maka akan lebih besarlah risiko serangan jantung.

Kesan daripada saluran darah menjadi lebih tebal juga akan mengakibatkan seseorang itu berisiko untuk menghidap diabetes. Mereka yang menghidap diabetes mempunyai dua hingga tiga kali kemungkinan serangan sakit jantung. Seseorang yang berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan adalah berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung. Seseorang yang mempunyai keturunan yang menghidapi penyakit jantung juga berisiko tinggi untuk turut sama menghidapinya. Penyakit jantung yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan timbunan lemak yang berterusan pada bahagian dalam saluran darah dan menghalang bekalan darah ke otot jantung dan boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Langkah-langkah kawalan adalah perlu bagi mengelakkan komplikasi penyakit jantung. Ia boleh dilakukan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Kawal pemakanan anda. Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol, berminyak dan berlemak serta elakkan memakan makanan yang terlalu manis dan masin.

Mana kala tambah atau tingkatkan pengambilan makanan anda yang banyak mengandungi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak atau bergoreng. Makan pada kadar yang sederhana untuk mengekalkan berat badan yang unggul dan ideal. Awas! Hentikan merokok jika anda seorang perokok. Bagi membantu anda mengatasi perasaan ingin merokok, adalah disarankan supaya anda pertama, membuang semua rokok, mancis, pemetik api, dan bekas rokok. Kedua, mengadakan hobi atau aktiviti luar seperti berjalan-jalan atau berjoging. Ketiga, makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Keempat, kurangkan memakan makanan yang pedas dan kelima, menolak tawaran rokok daripada orang lain. Anda juga perlu bersenam dengan secukupnya kerana senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa bersenam adalah pertama, senaman perlu dilakukan mengikut kesesuaian, keperluan dan kelapangan diri anda. Kedua, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 20 minit setiap kali. Ketiga, mulakan aktiviti regangan sebelum senaman dan rehatkan diri anda selepas senaman. Keempat, lakukan senaman dengan beransur-ansur dan kemudian tingkatkan dari masa ke semasa. Kelima, pelajari teknik senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan. Dan akhir sekali, dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan senaman jika anda belum pernah bersenam.

Sekiranya anda adalah seorang penghidap diabetes, anda mampu untuk mengawalnya. Diabetes boleh dikawal dengan cara :
1. Kurangkan pengambilan gula, lemak, kolesterol, dan karbohidrat dalam makanan.
2. Ikut nasihat doktor untuk sekiranya anda perlu mengambil ubat atau insulin.
3. Lakukan senaman yang bersesuaian kerana ia dapat membaiki keberkesanan insulin.
4. Lakukan ujian glukos darah atau ujian air kencing untuk mengetahui sama ada penyakit diabetes anda terkawal atau sebaliknya. Anda juga perlu mengawal tekanan perasaan atau emosi agar anda tidak menghidapi tekanan darah tinggi yang seterusnya mengakibatkan penyakit jantung.

Oleh itu, amalkan cara hidup yang sihat dan positif, ambil makanan yang seimbang dan sentiasa bersenam. Sayangilah jantung anda, sebagai mana anda menyayangi diri anda.

Monday, 24 November 2014

TANDA-TANDA PENYAKIT JANTUNG


An example of a heart attack, which can occur ...
An example of a heart attack, which can occur after the use of a performance-enhancing drug. (Photo credit: Wikipedia)
Di antara anda, pasti ada yang pernah membaca mengenai tanda-tanda atau gejala serangan jantung dari berbagai punca. Di antara sekian banyak gejala, sakit dada dan rasa sesak merupakan tanda serangan jantung yang paling popular. Tetapi, bagaimana dengan tanda-tanda lain yang penting untuk ketahui guna menjangka gangguan jantung?

Para pakar jantung menyebutkan, gejala-gejala sakit jantung sebenarnya boleh kelihatan daripada aduan di banyak bahagian badan. "Jantung, bersama-sama dengan pembuluh arteri yang menyokongnya adalah salah satu otot yang besar. Ketika jantung mengalami kegagalan, gejala-gejalanya boleh dilihat di banyak bahagian badan," kata Jonathan Goldstein, pakar kardiologi dari St. Michael s Medical Center di Newark, New Jersey.

Berikut ini adalah lima penggunaan tersembunyi yang boleh menjadi penanda munculnya gangguan pada jantung. Apabila anda mengalami dua atau lebih gejala seperti dibawah ini secara bersamaan, Goldstein menganjurkan untuk segera pergi ke doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut:

1. Sakit leher Apakah anda pernah merasa sakit otot yang berpanjangan pada bahagian leher? Waspadai bila sakit in tak kunjung hilang. Pascaserangan jantung, beberapa pesakit mengingat kalau mereka sebelumnya merasakan kesakitan dan tegang pada leher. Mereka seringkali tak memperhatikan gejala ini kerana mereka hanya fokus pada gejala-gejala yang lebih dramatik seperti sakit akut di sekitar dada, bahu, dan lengan.

"Perempuan khususnya lebih kecil kemungkinannya mengalami gejala seperti ini, dan lebih mungkin untuk merasa sakit mendadak disertai rasa sesak di bahagian bahu dan bahagian bawah leher," kata Margie Latrella, seorang jururawat dan juga penulis dari Women Cardiology Center, New Jersey. Rasa sakit juga dapat merambat ke sisi kiri bahagian tubuh, bahu kiri dan lengan.

Apa yang terjadi? Saraf dari rangkaian jantung yang rosak menghantar isyarat rasa sakit yang naik turun pada ruas tulang belakang yang dalam waktu bersamaan merambat ke saraf-saraf di sekitar leher dan bahu.

2. Problem seksual

Lelaki dengan gangguan erektil biasanya mempunyai masalah dengan penyakit pembuluh darah koroner. Kajian terhadap lelaki di Eropah menunjukkan, mereka yang dirawat kerana penyakit jantung dua daripada tiga di antaranya menderita disfungsi erektil selama berbulan-bulan, sebelum akhirnya didiagnosis mempunyai masalah dengan jantung. Menurut Goldstein, beberapa kajian terbaru yang menguji hubungan antara disfungsi erektil dan penyakit kardiovaskular juga semakin meyakinkan. Tak heran bila kini para doktor mempertimbangkan untuk juga mengatasi masalah kardiovaskular ketika lelaki mengeluhkan disfungsi erektil.

"Dalam beberapa tahun terakhir, telah ada bukti yang cukup jelas bahawa terdapat risiko besar peningkatan serangan jantung dan kematian pada pesakit dengan disfungsi erektil," kata Goldstein.

Apa yang terjadi? Seperti halnya pembuluh darah di sekitar jantung yang boleh menyempit dan mengeras, hal sama juga boleh terjadi pada pembuluh yang meyuplai darah ke bahagian zakar. Kerana saluran darah di sekitar zakar lebih kecil, pembuluh-pembuluh ini boleh mengalami kerosakan yang lebih cepat - walaupun tiga atau empat tahun lebih cepat sebelum penyakit jantung dikesan.

3. Pening, pengsan, atau sesak nafas

Sebuah kajian yang diterbitkan Circulation: Journal of the American Heart Association, menyebutkan lebih dari 40 peratus perempuan melaporkan bahawa mereka cenderung mengalami sesak nafas di saat sebelum terjadinya serangan jantung. Anda mungkin akan merasakan tak boleh bernafas, lemas atau pusing serasa berada di ketinggian. Bila anda tergopoh-gopoh ketika naik tangga, menyapu halaman, berjalan santai, atau aktiviti lain yang sebelumnya tak membuat Anda kesulitan, gejala ini perlu diwaspadai sebagai peringatan penting.

Apa yang terjadi? Ini akibat tidak cukupnya darah mengalir pada saluran yang mengangkut oksigen ke jantung. Kesakitan pada otot jantung atau angina juga boleh membuat seseorang merasakan sukar menarik nafas dalam. Penyakit pembuluh darah koroner, di mana pembuluh darah jantung tersumbat akibat penumpukan plak, menyebabkan organ jantung tidak mendapatkan bekalan oksigen yang cukup. Sensasi mendadak tak boleh bernafas dalam seringkali menjadi petanda angina, salah satu jenis sakit pada otot jantung.

4. Gangguan pencernaan, mual, atau heartburn

Walaupun sebahagian besar daripada kita berfikir keadaan yang berhubungan dengan jantung sinonim dengan kesakitan pada dada, tetapi sebenarnya hal ini boleh berlaku juga di bahagian perut. Pada beberapa orang khususnya wanita, gejala seperti heartburn atau perasaan terbakar pada bahagian dada, sesnsasi perut kekenyangan atau tersedak perlu diwaspadai. Gangguan pencernaan yang parah dan mual juga boleh menjadi tanda awal serangan jantung, atau biasa disebut infarction, khususnya pada wanita. Sebuah kajian menunjukkan, perempuan dua kali lebih mungkin mengalami muntah, mual, dan gangguan pencernaan selama beberapa bulan menjelang serangan jantung.

Apa yang terjadi? Timbunan lemak di pembuluh darah boleh mengurangkan atau menurunkan bekalan darah ke jantung sehingga menimbulkan perasaan seperti sesak, tertindih atau sakit - yang kebanyakan berlaku di kawasan dada tetapi terkadang juga di bahagian perut. Bergantung dari bahagian jantung mana yang terkena, hal itu akan memberikan isyarat ke seluruh tubuh. Mual dan pusing-pusing juga boleh menjadi petanda bahawa serangan jantung sedang berlaku. Oleh sebab itu, segera panggil doktor anda bila aduan tersebut terus dialami.

5. Sakit pada rahang dan telinga

Sakit pada rahang adalah sesuatu yang terkadang misteri dan sangat mengganggu. Keadaan ini boleh disebabkan oleh banyak faktor, tetapi terkadang boleh menjadi petunjuk adanya penyakit pembuluh darah koroner (CAD) dan awal serangan jantung. Beberapa ahli kini sedang fokus meneliti hubungan sakit pada rahang dengan risiko serangan jantung. Hasil kajian menunjukkan, ramai pesakit pasca serangan jantung melaporkan sakit pada rahang mereka menjelang terjadinya serangan jantung.

Apa yang terjadi? Kerosakan pada rangkaian organ jantung boleh mencetuskan penghantaran isyarat naik turun pada bahagian tulang belakang yang kemudian meluas pada sarar-saraf yang tersebar dari mulai tulang leher, rahang hingga ke bahagian telinga.