ID

ID

Tuesday, 28 October 2014

PENYEBAB KULIT WAJAH KUSAM

 Memiliki wajah yang putih, bersih & berseri adalah dambaan setiap wanita di dunia. Malah ada antara mereka yang sanggup berhabis hingga ribuan ringgit.
Namun adakah anda tahu apakah factor yang menyebabkan kulit wajah kelihatan kusam???
Jom baca senarai yang saya sediakan kt bawah ni...
  1. STRESS - merupakan satu gangguan psikologi yang boleh menyerang sesiapa sahaja. Stress dapat mempengaruhi penampilan sama ada secara fizikal atau mental. Stress akan menyebabkan kelenjar dalam tubuh yang mengawal emosi akan meningkat sehingga mempengaruhi wajah sehingga terjadinya jerawat, psoriasis (sejenis penyakit dimana kulit mengalami proses gentian terlalu cepat), eczema, gatal-gatal dan bintik merah.

2.   DIET YANG TIDAK SIHAT & KURANG TERATUR - Bagi mereka yang menjalani program diet, perlu dipastikan bahawa program yang dijalankan adalah sihat dan teratur. Sekiranya program diet itu tidak sihat & kurang teratur, tubuh akan mengalami kekurangan nutrisi penting. Kekurangan nutrisi ini akan mengakibatkan kulit hilang kesegaran. Manakala bagi mereka yang menghadapi masalah seperti anoreksia atau bulimia pula akan kekurangan protein dan vitamin yang mengakibatkan kulit menjadi kering dan mudah mengelupas.
    3. EFEK DARI SINAR UV - Bagi mereka yang perlu berada di kawasan terbuka / lapangan dalam tempoh masa yang lama, mereka lebih terdedah kepada bahaya radikal bebas yang akan menyebabkan pigmentasi terhadap kulit berlaku. Kulit mereka juga akan lebih cepat kelihatan tua dan mula menampakkan noda hitam di wajah. Oleh itu, mereka disarankan menggunakan pelembap wajah / krim yang mengandungi pelindung UV yang tinggi.
    
      4. KURANG WAKTU BEREHAT DAN TIDUR YANG TIDAK MENCUKUPI - Jika dilihat kepada mereka yang tidak mendapat waktu rehat dan tidur yang cukup, wajah mereka kelihatan tidak bersemangat, kuyu dan tegang. Kulit wajah juga seperti anggota badan kita yang lain yang memerlukan rehat yang cukup bagi membentuk sel-sel kulit baru yang akan menggantikan sel-sel kulit yang telah mati. Sel kulit baru ini biasanya akan menduplikasi (duplicate) sel yang telah mati. Oleh itu, jika sel yang telah mati adalah sel yang kusam, maka sel baru yang terhasil juga akan kusam.
      5. MEROKOK - Bagi wanita yang menghisap rokok, mereka bukan sahaja terdedah kepada bahaya kanser. Malah mereka juga terdedah kepada penuaan kerana hormone wanita tidak dapat menampung efek dari bahan yang terkandung di dalam rokok. Jika diperhatikan wanita yang merokok akan kelihatan 10 tahun lebih tua berbanding usia sebenar mereka. Kulit wajah mereka kelihatan kusam, kotor dan meninggalkan banyak bintik hitam.
        6. POLA MAKAN YANG TIDAK SEIMBANG - Kita sememangnya disarankan untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Selain daripada menjaga kesihatan tubuh badan kita, makanan turut mempengaruhi kulit wajah kita. Pengambilan makanan yang mengandungi garam, gula atau minyak berlebihan akan menyebabkan kulit kusam, gatal dan muka kelihatan lebar.


          7. BERAT BADAN YANG TIDAK TERKAWAL - Berat badan turut memainkan peranan dalam kesihatan kulit wajah. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan yang mudah turun dan naik, kulit wajah mereka akan mudah mengalami kedutan dan kusam.


          8. EFEK SAMPINGAN DARI PRODUK KOSMETIK - Setiap dari kita memiliki kulit wajah yang berbeza. Produk kosmetik yang banyak didapati dipasaran kini mengandungi bahan seperti merkuri, alcohol dan campuran bahan kimia yang berbahaya kepada kulit wajah kita. Oleh itu, kita selaku pengguna harus bijak memilih produk kosmetik yang sesuai dengan kulit wajah kita.
            So, kita yang menentukan apa yang akan terjadi pada kulit wajah kita. Pilih la sama ada anda ingin kulit wajah yang
            atau kulit wajah yang
            PILIHAN DI TANGAN ANDA....

           

          No comments:

          Post a Comment